Iqra' : Bacalah

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Yang Tidak Berbuah "...........baca dan amalkanlah

Monday 13 May 2013

Pendekatan dalam Mengajar Membaca


Guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca. Pemilihan pendekatan yang ingin digunakan mengambil kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar. Berikut merupakan contoh pendekatan dalam mengajar membaca :
1)      Pendekatan Asas Membaca
Pendekatan ini meliputi mengajar beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan ini menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan perkara yang sudah diajarkan dapat membantu penguasaan kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan dengan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
2)      Pendekatan Teknologikal
Tujuan pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai :
-Sistem membaca berdasarkan objektif                -Program berdasarkan kriteria
-Membaca berdasarkan kecekapan                       -Sistem pengurusan kemahiran
-Membaca perspektif diagnostik





3)      Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pendekatan ini sering digunakan kepada pelajar-pelajar terutama yang mempunyai perbezaan linguistik. Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Guru merangsang pemikiran pelajar mengenai perkara atau peristiwa (binatang, teka kata, masalah, isu, pemerhatian individu). Pelajar pula digalakkan melahirkan secara lisan pemikirannya mengenai situasi itu. Penglahiran ini berdasarkan huaraian secara situasi, analisis masalah dan cadangan penyelesaian daripada perkara yang pernah dilihat. Tugasan itu juga perlu ditulis oleh pelajar dan dihantar kepada guru. Perkara yang sudah difikirkan, diucapkan dan ditulis dapat dibaca dengan bermakna.

4)      Pendekatan Membaca Individu
Pendekatan ini menekankan kepada :
·         Tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.
·         Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan dan muka surat contoh serta menerangkan kesukaran dalam membacanya.


5)      Pendekatan Pembacaan Lisan
Pendekatan ini sesuai kerana buku yang mengandungi bahasa yang mempunai ciri pengulangan adalah sesuai bagi bacaan lisan. Guru membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat. Mereka berbincang berkenaan cerita dan membacanya sekali lagi. Dalam pendekatan ini, guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan.
            Bacaan secara koral (berkorus) juga digunakan secara berkesan dalam kumpulan pelajar pelbagai etnik. Penggunaan pembacaan koral juga meningkatkan pemerolehan bahasa kedua pelajar dengan :
a)      Mencipta persekitaran kebimbangan yang rendah.
b)      Meliputi latihan pengulangan.
c)      Berdasarkan kepada input yang dapat difahami.
d)     Drama yang digabungkan.


6)      Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal
Terdapat beberapa pendekatan mengajar peringkat asas iaitu :
a)      Pendekatan Binaan (Sintetik)
Kaedah abjad :
·         Murid perlu dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada ‘a’ hingga ‘z’. kemudian murid mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
Kaedah suku kata :
·         Lanjutan daripada kaedah abjad. Penekanan diberikan pada dua jenis huruf iaitu vocal dan konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata. Suku kata pula digabung menjadi perkataan. Kenalkan suku kata terbuka dahulu sebelum suku kata tertutup.
Kaedah fonik :
·         Bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudiannya bunyi-bunyi itu digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanakan terutamanya dalam membunyikan huruf konsonan.



b)     Pendekatan cerakinan (analitik)
Kaedah perkataan :
·         Perkataan diperkenalkan dengan menggunakan kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan, minta murid menyebut perkataan itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
Kaedah ayat dalam cerita :
·         Menekankan ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Lebih menumpukan bahan bacaan berbentuk cerita.


7)      Pendekatan PEBAS (Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum)

a)      Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
Asas pendekatan
Berasaskan faktor berikut :
·         Sistem ejaan bahsa Melayu bersifat fonemik.
·         Kebanyakan suku kata bahasa Melayu mudah dan jelas.
·         Perkataan yang mula diperkenalkan sudah difahami makna oleh murid.
Langkah-langkah Pengajaran
        i.            Guru memperkenalkan huruf vokal ‘a’, ‘I’ ataupun ‘u’ dan latihan menyembunyikan. Tuliskan huruf di papan hitam.
      ii.            Perkenalkan huruf konsonan dan bunyikan dengan jelas.
    iii.            Gabungkan huruf konsonan dan vokal.
    iv.            Cantumkan suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
      v.            Bina frasa dan ayat.
    vi.            Apabila pelajar sudah menguasai kemahiran itu tidak perlu menyembunyikan setiap huruf.
  vii.            Perkenalkan dahulu suku kata terbuka dan kemudiannya suku kata tertutup.

b)     Pendekatan Abjad – suku kata
        i.            Murid mengenali huruf dan hubungannya dengan bunyi.
      ii.            Huruf konsonan digabungkan dengan hruruf vokal supaya menjadi suku kata.
    iii.            Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal supaya menjadi suku kata.
    iv.            Gunakan latih tubi sehingga kemahiran diperoleh.
      v.            Pengukuhan diberi melalui penulisan.



Pemilihan Bahan Bacaan



1.      Memilih tajuk bacaan

v  Memilih tajuk bacaan yang biasa dengan diri seseorang
v  Kebiasaan dengan suatu tajuk membantu pelajar lebih mudah meneka makna perkataan yang jarang ditemui.
v  Sekiranya pelajar adalah seorang pembaca pada tahap permulaan ataupun pertengahan, pilih keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan topik yang pelajar mempunyai sedikit pengetahuan berkaitannya.
v  Sebagai contoh, membaca berkaitan satu kejadian semasa dalam bahasa ibunda dan kemudian membacanya dalam bahasa kedua yang dipelajari adalah satu cara yang baik bagi memulakan membaca surat khabar bahasa kedua.


2.      Bahan yang menarik minat

v  Pilih bahan bacaan yang difikirkan mendatangkan minat supaya terus membaca.
v  Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu menarik, pelajar mungkin meneruskan bacaannnya dan situasi ini menunjukkan sebahagian daripada kejayaan pelajar.
v  Sebagai contoh, sekiranya pelajar meminati majalah akademik seperti ‘pelita bahasa’, ‘dewan masyarakat’, langganlah majalah tersebut.
v  Akhbar dan majalah begitu sesuai untuk pelajar membaca kerana bahan yang terkandung di dalamnya menawarkan sesuatu untuk semua orang. (Yahya Othman, 2005)
v  Bahan bacaan tersebut mengandungi petikan daripada pelbagai tahap kesukaran dan selalunya mempunyai gambar dan ilustrasi dan boleh menarik minat untuk membaca.


3.      Memilih petikan yang mudah

v  Semasa membaca teks, kadang kala terdapat banyak perkataan yang jarang ditemui oleh pembaca.
v  Terdapat beberapa alasan kenapa teks yang dipih itu mengandungi banyak perkataan yang tidak biasa dibaca. Mungkin pembaca memilih teks yang sukar dibaca.
v  Keadaan ini mengecewakan pembaca sekiranya ia cuba mendesak dirinya supaya terus membaca teks tersebut.




4.      Tulisan, ilustrasi dan warna

v  Proses membaca perlu mengambil kira saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf , jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan  kertas dan pelbagai lagi.
v  Faktor Ilustrasi yang menarik dan cantik membantu meningkatkan minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung kepada persembahan dan penggunaannya dalam bacaan.
v  Kajian menunjukkan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi dan warna yang menarik sekaligus memudahkan mereka membaca bahan tersebut.






Sunday 12 May 2013

Masalah dalam Membaca



Faktor Dalaman
Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah membaca berpunca dari dalam diri pembaca itu sendiri. Pembaca mengalami masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri merupakan satu faktor dalaman yang penting kepada masalah membaca. Masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca juga turut disebabkan atas faktor psikologi. Kedua-dua aspek ini merupakan asas kepada masalah membaca seseorang individu. 
1)      Aspek Intelektual
Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada.
a)      Kecerdasan
b)      Kebolehan berbahasa
c)      Pengalaman sedia ada.
2)      Aspek Psikologi
a)      Minat
b)      Motivasi
c)      Konsep diri
Faktor Luaran
Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menjadi penyebab kepada seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri. Faktor- faktor yang dinyatakan ini sangat mempengaruhi pembacaan seseorang terutamanya faktor fizikal yang jelas menghalang seseorang membaca dan memahami pembacaan dengan baik seperti yang sepatutnya.
1)      Aspek Fizikal
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah:
a)      Penglihatan
b)      Pendengaran
2)      Aspek persekitaran
Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kata mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.
3)      Aspek Sumber Bacaan
Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh sumber bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang boleh tertarik untuk membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan tersebut tidak mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca.

Belajar Membaca


Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :
1)      Membaca bebas
v  Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru
v  Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.
v  Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca buku tersebut.
2)      Membaca secara berkoperatif
v  Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
v  Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa yang telah mereka baca
v  Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti membaca secara berkoperatif:
i)    Meninjau dan menaakul
ii)   Membaca lantang dan senyap
iii)  Meringkas dan bertindak balas
3)      Membaca dengan panduan guru
v  Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar melakukan pembacaan senyap  dan seterusnya bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.
v  Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah dibaca
v  Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah.
v  Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit

4)      Berkongsi membaca
v  Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia
v  Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan dan sebagainya
v  Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi model kepada pelajar yang kurang mahir membaca
5)      Membaca lantang
v  Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama
v  Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar
v  Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal bacaan
v  Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang, pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.

Teori Membaca


                                                Teori Proses Membaca
a)      Apakah itu model Bottom-up?
·         Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini
·         Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan
·         Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas
·         Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci
·         Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan
·         Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.

b)     Apakah itu model Top-down?
·         Proses pengajaran bermula dengan teks
·         Guru membahagi-bahagikan teks kepada murid
·         Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang
·         Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid
·         Murid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus
·         Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan
·         Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan
·         Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti
·         Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.




c)      Apakah itu model Interaktif?
·         Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengadaptasi pendekatan top-down untuk member makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis. Ertinya, kedua model tersebut terjadi secara berkaitan ketika membaca.

·         Membaca merupakan suatu interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori itu, dijelaskan bagaimana seorang pembaca menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skema. Kegiatan membaca adalah proses membuat hubungan yang bererti bagi informasi baru dengan pengetahuan yang dimiliki sebelumnya.

·         Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca

·         Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam waktu yang sama. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif memberi respon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

d)     Apakah model Transactional
·         Setiap guru yang merancang pengajaran mesti terlebih dahulu kenalpasti apa yang hendak dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran.
·         Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, guru hendakkan pelajar boleh menyebut rukun-rukun wudhuk,  dan ini menjadi objektifnya atau output. Dengan demikian, guru haruslah merancang penyampaiannya mengikut kaedah dan teknik yang sesuai.  Antaranya mengulang-ulangkan rukun tersebut sehingga pelajar dapat mengingati dan menyebutnya.  Sebaliknya, jika objektifnya ialah  pelajar boleh mengambil wudhuk dengan betul,  maka tentulah kaedah pengajarannya berlainan, iaitu menggunakan kaedah tunjukcara (demonstrasi) dan amali atau lakonan.  Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih faham dan ingat kerana mereka melakonkan atau melakukannya sendiri secara praktikal.  Pelajar  boleh mengambil wudhuk dengan cara yang betul itulah yang dikatakan out put atau objektif khas.