Guru
perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi memastikan pelajar menguasai
kemahiran membaca. Pemilihan pendekatan yang ingin digunakan mengambil kira
aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.
Berikut merupakan contoh pendekatan dalam mengajar membaca :
1)
Pendekatan
Asas Membaca
Pendekatan
ini meliputi mengajar beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi yang
pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan
ini menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang sudah
diajar sebelumnya. Penambahan perkara yang sudah diajarkan dapat membantu
penguasaan kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu
diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan
dikawal dan diperkenalkan dengan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang
dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
2)
Pendekatan
Teknologikal
Tujuan
pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan
dan dapat dilakukan semula pada masa lain. Pendekatan ini menekankan perkara
yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini
juga dilabelkan sebagai :
-Sistem
membaca berdasarkan objektif -Program
berdasarkan kriteria
-Membaca
berdasarkan kecekapan -Sistem
pengurusan kemahiran
-Membaca
perspektif diagnostik
3)
Pendekatan
Pengalaman Bahasa
Pendekatan
ini sering digunakan kepada pelajar-pelajar terutama yang mempunyai perbezaan
linguistik. Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara
pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Guru merangsang pemikiran pelajar
mengenai perkara atau peristiwa (binatang, teka kata, masalah, isu, pemerhatian
individu). Pelajar pula digalakkan melahirkan secara lisan pemikirannya
mengenai situasi itu. Penglahiran ini berdasarkan huaraian secara situasi,
analisis masalah dan cadangan penyelesaian daripada perkara yang pernah
dilihat. Tugasan itu juga perlu ditulis oleh pelajar dan dihantar kepada guru.
Perkara yang sudah difikirkan, diucapkan dan ditulis dapat dibaca dengan
bermakna.
4)
Pendekatan
Membaca Individu
Pendekatan
ini menekankan kepada :
·
Tahap yang berbeza dalam pembacaan
individu.
·
Pelajar memilih bahan bacaannya dan
mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan. Guru membantu cara memilih
buku dengan cara penyiringan dan muka surat contoh serta menerangkan kesukaran
dalam membacanya.
5)
Pendekatan
Pembacaan Lisan
Pendekatan
ini sesuai kerana buku yang mengandungi bahasa yang mempunai ciri pengulangan
adalah sesuai bagi bacaan lisan. Guru membacakan cerita kepada kelas dan
pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat. Mereka berbincang berkenaan cerita
dan membacanya sekali lagi. Dalam pendekatan ini, guru memilih perkataan dan
frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan.
Bacaan secara koral (berkorus) juga
digunakan secara berkesan dalam kumpulan pelajar pelbagai etnik. Penggunaan
pembacaan koral juga meningkatkan pemerolehan bahasa kedua pelajar dengan :
a) Mencipta
persekitaran kebimbangan yang rendah.
b) Meliputi
latihan pengulangan.
c) Berdasarkan
kepada input yang dapat difahami.
d) Drama
yang digabungkan.
6)
Pendekatan
Mengajar Bacaan Peringkat Awal
Terdapat
beberapa pendekatan mengajar peringkat asas iaitu :
a)
Pendekatan
Binaan (Sintetik)
Kaedah abjad :
·
Murid perlu dilatih menyebut dan
menghafal huruf daripada ‘a’ hingga ‘z’. kemudian murid mengeja suku kata dan
perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
Kaedah suku kata :
·
Lanjutan daripada kaedah abjad. Penekanan
diberikan pada dua jenis huruf iaitu vocal dan konsonan. Huruf konsonan
dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata. Suku kata pula digabung
menjadi perkataan. Kenalkan suku kata terbuka dahulu sebelum suku kata
tertutup.
Kaedah fonik :
·
Bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf
diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudiannya bunyi-bunyi
itu digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanakan terutamanya
dalam membunyikan huruf konsonan.
b)
Pendekatan
cerakinan (analitik)
Kaedah perkataan :
·
Perkataan diperkenalkan dengan
menggunakan kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan, minta murid menyebut
perkataan itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
Kaedah ayat dalam cerita :
·
Menekankan ayat sebagai unit yang
bermakna dalam bacaan. Lebih menumpukan bahan bacaan berbentuk cerita.
7)
Pendekatan
PEBAS (Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum)
a)
Pendekatan
Gabungan Bunyi Kata
Asas pendekatan
Berasaskan
faktor berikut :
·
Sistem ejaan bahsa Melayu bersifat
fonemik.
·
Kebanyakan suku kata bahasa Melayu mudah
dan jelas.
·
Perkataan yang mula diperkenalkan sudah
difahami makna oleh murid.
Langkah-langkah Pengajaran
i.
Guru memperkenalkan huruf vokal ‘a’, ‘I’
ataupun ‘u’ dan latihan menyembunyikan. Tuliskan huruf di papan hitam.
ii.
Perkenalkan huruf konsonan dan bunyikan
dengan jelas.
iii.
Gabungkan huruf konsonan dan vokal.
iv.
Cantumkan suku kata supaya menjadi
perkataan bermakna.
v.
Bina frasa dan ayat.
vi.
Apabila pelajar sudah menguasai
kemahiran itu tidak perlu menyembunyikan setiap huruf.
vii.
Perkenalkan dahulu suku kata terbuka dan
kemudiannya suku kata tertutup.
b)
Pendekatan
Abjad – suku kata
i.
Murid mengenali huruf dan hubungannya
dengan bunyi.
ii.
Huruf konsonan digabungkan dengan hruruf
vokal supaya menjadi suku kata.
iii.
Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal
supaya menjadi suku kata.
iv.
Gunakan latih tubi sehingga kemahiran
diperoleh.
v.
Pengukuhan diberi melalui penulisan.