Iqra' : Bacalah

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Yang Tidak Berbuah "...........baca dan amalkanlah

Sunday 12 May 2013

Belajar Membaca


Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :
1)      Membaca bebas
v  Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru
v  Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.
v  Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca buku tersebut.
2)      Membaca secara berkoperatif
v  Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
v  Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa yang telah mereka baca
v  Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti membaca secara berkoperatif:
i)    Meninjau dan menaakul
ii)   Membaca lantang dan senyap
iii)  Meringkas dan bertindak balas
3)      Membaca dengan panduan guru
v  Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar melakukan pembacaan senyap  dan seterusnya bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.
v  Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah dibaca
v  Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah.
v  Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit

4)      Berkongsi membaca
v  Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia
v  Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan dan sebagainya
v  Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi model kepada pelajar yang kurang mahir membaca
5)      Membaca lantang
v  Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama
v  Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar
v  Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal bacaan
v  Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang, pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.

No comments:

Post a Comment