Iqra' : Bacalah

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Yang Tidak Berbuah "...........baca dan amalkanlah

Sunday 12 May 2013

Masalah dalam Membaca



Faktor Dalaman
Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah membaca berpunca dari dalam diri pembaca itu sendiri. Pembaca mengalami masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri merupakan satu faktor dalaman yang penting kepada masalah membaca. Masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca juga turut disebabkan atas faktor psikologi. Kedua-dua aspek ini merupakan asas kepada masalah membaca seseorang individu. 
1)      Aspek Intelektual
Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada.
a)      Kecerdasan
b)      Kebolehan berbahasa
c)      Pengalaman sedia ada.
2)      Aspek Psikologi
a)      Minat
b)      Motivasi
c)      Konsep diri
Faktor Luaran
Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menjadi penyebab kepada seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri. Faktor- faktor yang dinyatakan ini sangat mempengaruhi pembacaan seseorang terutamanya faktor fizikal yang jelas menghalang seseorang membaca dan memahami pembacaan dengan baik seperti yang sepatutnya.
1)      Aspek Fizikal
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah:
a)      Penglihatan
b)      Pendengaran
2)      Aspek persekitaran
Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kata mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.
3)      Aspek Sumber Bacaan
Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh sumber bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang boleh tertarik untuk membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan tersebut tidak mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca.

No comments:

Post a Comment