Iqra' : Bacalah

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Yang Tidak Berbuah "...........baca dan amalkanlah

Sunday 12 May 2013

Teori Membaca


                                                Teori Proses Membaca
a)      Apakah itu model Bottom-up?
·         Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini
·         Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan
·         Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas
·         Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci
·         Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan
·         Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.

b)     Apakah itu model Top-down?
·         Proses pengajaran bermula dengan teks
·         Guru membahagi-bahagikan teks kepada murid
·         Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang
·         Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid
·         Murid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus
·         Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan
·         Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan
·         Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti
·         Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.




c)      Apakah itu model Interaktif?
·         Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengadaptasi pendekatan top-down untuk member makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis. Ertinya, kedua model tersebut terjadi secara berkaitan ketika membaca.

·         Membaca merupakan suatu interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori itu, dijelaskan bagaimana seorang pembaca menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skema. Kegiatan membaca adalah proses membuat hubungan yang bererti bagi informasi baru dengan pengetahuan yang dimiliki sebelumnya.

·         Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca

·         Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam waktu yang sama. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif memberi respon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

d)     Apakah model Transactional
·         Setiap guru yang merancang pengajaran mesti terlebih dahulu kenalpasti apa yang hendak dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran.
·         Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, guru hendakkan pelajar boleh menyebut rukun-rukun wudhuk,  dan ini menjadi objektifnya atau output. Dengan demikian, guru haruslah merancang penyampaiannya mengikut kaedah dan teknik yang sesuai.  Antaranya mengulang-ulangkan rukun tersebut sehingga pelajar dapat mengingati dan menyebutnya.  Sebaliknya, jika objektifnya ialah  pelajar boleh mengambil wudhuk dengan betul,  maka tentulah kaedah pengajarannya berlainan, iaitu menggunakan kaedah tunjukcara (demonstrasi) dan amali atau lakonan.  Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih faham dan ingat kerana mereka melakonkan atau melakukannya sendiri secara praktikal.  Pelajar  boleh mengambil wudhuk dengan cara yang betul itulah yang dikatakan out put atau objektif khas.






No comments:

Post a Comment