Iqra' : Bacalah

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Yang Tidak Berbuah "...........baca dan amalkanlah

Tuesday 7 May 2013

Definisi Membaca



1)      Apakah itu Bacaan?

  • Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, ‘baca’ dapat ditakrifkan sebagai memerhati isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.Robert Lado (1964) menyatakan bahawa membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya.
  • Menurut Fredick Mc Donald (dalam Burns, 1996: 8) pula menyatakan bahawa membaca adalah merupakan rangkaian yang respon yang kompleks yang merangkumi respon kognitif, sikap dan manipulatif.
  • Membaca dapat dibahagikan kepada beberapa sub keterampilan yang meliputi persepsi, pengalaman, berfikir, afektif dan konstruktif.
  • Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah untuk memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.
  • Secara keseluruhannya membaca adalah satu proses yang kompleks iaitu sesuatu isu atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambing-lambang bertulis. Hal ini kerana proses yang kompleks iaitu melalui proses pengamatan, bahasa dan kognitif. Oleh itu setiap proses ini memainkan peranan yang penting dalam proses membaca.

2 comments: